SEJARAH SEKOLAH
| | | Bangunan pejabat sekolah
| Bangunan Makmal sekolah
| Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan
beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah.
Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.
Enam
tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat
diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang
penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini.
Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu
dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai
kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.
|
| | Bangunan kantin sekolah
| Bangunan Perpustakaan sekolah
| Menjelang tahun 1962, sekolah ini
semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah
menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan
menampung kira-kira 220 orang murid.
Pada tahun 1975, sekolah
ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan
konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19
Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri
Pelajaran Malaysia ketika itu.
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
|
SK. Rantau Panjang Cemerlang 2010
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|